Isnin, 14 Januari 2013

BERJAYA DLM BIZZ

Bissmillahhirrahmanirrahim....
As salam.....

Hari ini ingin sy share bgimana cara utk berjaya dalam bizz.... Ini adalah drp Dr Azizan Pakar Motivasi...

9 Formula & Tips Memulakan Perniagaan - Dr Azizan Osman
Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Wednesday, June 20, 2012

 
9 Formula Untuk Memulakan Perniagaan
 
Artikel terbaik dari Dr. Azizan Osman ini adalah tentang 9 langkah bagaimana untuk membina perniagaan yang luar biasa.
 
Ramai orang yang bekerja atau mereka yang baru menceburi bidang perniagaan akan bertanya tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan mereka. Dan jawapannya ada pada artikel ini! Baca dan share!
 
1. Matlamat Perniagaan & Peribadi yang jelas
 
2. Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan produk anda
 
3. "Bootsrap"
 
4. Test, Trial & Adjust
 
5. Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan dan bukannya pinjaman.
 
6. Pilih "tentera" anda dengan teliti dan betul
 
7. Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai yang positif.
 
8. Mulakan dengan berniaga secara sampingan.
 
9. Kuasai PEMASARAN. Sentiasa bersedia "Kembali Ke Sekolah"
 
SMG KITA SENTIASA BERADA SETAPAK KE HADAPAN....
 

Rabu, 9 Januari 2013

KONGSI RESEPI

Assalamualaikum .....

Alhamdulillah hr ini dpt lagi bernafas di muka bumi ALLAH nie.....

Sy suka sgt baca mana-mana2 blog masakan, berangan-angan nk bt kek cantik-cantik... tp xreti....
anak-anak suka makan... tue yg jd sumber inspirasiku utk terus mencuba membuat masakan @ mencuba resepi yg sedap-sedap utk seisi keluarga....

Blog masakan yg selalu di intai :
a. Masammanis
b. mat gebu
c. azie kitchen
d. jintan manis
dlll

Hari nk share resepi kek hijau.... KEK LUMUT ... resepi dari kak ita... empunya blog masammanis....

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
............
fromintankitchen

























Ahad, 6 Januari 2013

PENGHARGAAN HAKIKI

PENGHARGAAN



Setiap insan inginkan penghargaan.... tidak kira apa yg dilakukannya...
dihargai bos, ketua,rakan-rakan,keluarga....dll

Ia dilihat remeh namun kesannya amat mendalam....

Kesedaran perlu ada bhw penghargaan hakiki hanyalah dari ALLAH...
Buat kerana ALLAH..... Balasan/ganjaran hakiki yang tidak ternilai harganya.....

Tetapi kita sebagai manusia tetap inginkan rasa dihargai.....

Berusahalah untuk sentiasa menghargai org disekeliling kita....

Suami menghargai isteri :

a. memuji kesedapan masakan isteri
b. memuji kecantikan isteri dll

isteri akan lebih bersemangat, walaupun letih menguruskan rumahtangga

Ibubapa menghargai anak-anak :

a. ucapan terima kasih kala anak membuat sesuatu utk kita
b. ucapan tahniah wpun pekerjaan anak itu hanya sedikit

anak-anak akan menjadi seorang yang bermotivasi dalam hidupnya

Bos/ketua menghargai anak buah :

a. memuji anak buah dikala hasil kerjanya membanggakan
b. tidak mengeji/menghina walaupun anak buah membuat salah
c. tidak memalukan anak buah kerana hal remeh temeh
d. anak buah diberi ruang & peluang untuk melontarkan idea...
e. kata-kata dari bos boleh menjadi motivasi bt anak buah

anak buah akan menghasilkan mutu kerja yang jauh lebih baik dari biasa... extraordinary....

BEKERJA KERANA ALLAH..... GANJARAN HAKIKI MENANTI KITA.....