Khamis, 11 April 2013

SUKARNYA MENGAJAK KE JLN BAHAGIA

YA Allah , Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Berilah aku kekuatan agar diri ini dapat meneruskan hidup diatas landasan yang betul
Kurniakan aku kekuatan untuk mencegah kemungkaran dan mengajak ke arah kebaikan

Ku tahu betapa sukarnya mengajak  rakan taulan, keluarga & sesiapa shj utk bersama didlm perjuangan ini..... Bantulah aku Ya Allah... Aku terlalu lemah utk hadapi ujian ini.....

Ku ingin org yg rapat / dekat dgn ku utk bersama mencari redha MU Ya Rabb....
Namun  seringkali tindakan aku itu disalah ertikan....
Terkadang ia membuatkan aku buntu dgn diri sendiri...
adakah betul tindakan yang aku lakukan.....
atau sekadar mencari cemuhan mereka semata

Bantulah aku Ya Allah... Berilah aku ni redha Mu.... semoga hati ini tdk lagi gundah gulana....
Dapat bezakan mana tindakan yg benar didlm mencari redha Mu @ ia adalah hasutan dr syaitan yg direjam.....


Aku bersyukur diatas nikmat Mu Ya Allah.... yg tidak pernah putus....

Ku mohon keampunan Mu Ya Allah.....

Isnin, 14 Januari 2013

BERJAYA DLM BIZZ

Bissmillahhirrahmanirrahim....
As salam.....

Hari ini ingin sy share bgimana cara utk berjaya dalam bizz.... Ini adalah drp Dr Azizan Pakar Motivasi...

9 Formula & Tips Memulakan Perniagaan - Dr Azizan Osman
Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Wednesday, June 20, 2012

 
9 Formula Untuk Memulakan Perniagaan
 
Artikel terbaik dari Dr. Azizan Osman ini adalah tentang 9 langkah bagaimana untuk membina perniagaan yang luar biasa.
 
Ramai orang yang bekerja atau mereka yang baru menceburi bidang perniagaan akan bertanya tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan mereka. Dan jawapannya ada pada artikel ini! Baca dan share!
 
1. Matlamat Perniagaan & Peribadi yang jelas
 
2. Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan produk anda
 
3. "Bootsrap"
 
4. Test, Trial & Adjust
 
5. Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan dan bukannya pinjaman.
 
6. Pilih "tentera" anda dengan teliti dan betul
 
7. Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai yang positif.
 
8. Mulakan dengan berniaga secara sampingan.
 
9. Kuasai PEMASARAN. Sentiasa bersedia "Kembali Ke Sekolah"
 
SMG KITA SENTIASA BERADA SETAPAK KE HADAPAN....
 

Rabu, 9 Januari 2013

KONGSI RESEPI

Assalamualaikum .....

Alhamdulillah hr ini dpt lagi bernafas di muka bumi ALLAH nie.....

Sy suka sgt baca mana-mana2 blog masakan, berangan-angan nk bt kek cantik-cantik... tp xreti....
anak-anak suka makan... tue yg jd sumber inspirasiku utk terus mencuba membuat masakan @ mencuba resepi yg sedap-sedap utk seisi keluarga....

Blog masakan yg selalu di intai :
a. Masammanis
b. mat gebu
c. azie kitchen
d. jintan manis
dlll

Hari nk share resepi kek hijau.... KEK LUMUT ... resepi dari kak ita... empunya blog masammanis....

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
............
fromintankitchen

























Ahad, 6 Januari 2013

PENGHARGAAN HAKIKI

PENGHARGAAN



Setiap insan inginkan penghargaan.... tidak kira apa yg dilakukannya...
dihargai bos, ketua,rakan-rakan,keluarga....dll

Ia dilihat remeh namun kesannya amat mendalam....

Kesedaran perlu ada bhw penghargaan hakiki hanyalah dari ALLAH...
Buat kerana ALLAH..... Balasan/ganjaran hakiki yang tidak ternilai harganya.....

Tetapi kita sebagai manusia tetap inginkan rasa dihargai.....

Berusahalah untuk sentiasa menghargai org disekeliling kita....

Suami menghargai isteri :

a. memuji kesedapan masakan isteri
b. memuji kecantikan isteri dll

isteri akan lebih bersemangat, walaupun letih menguruskan rumahtangga

Ibubapa menghargai anak-anak :

a. ucapan terima kasih kala anak membuat sesuatu utk kita
b. ucapan tahniah wpun pekerjaan anak itu hanya sedikit

anak-anak akan menjadi seorang yang bermotivasi dalam hidupnya

Bos/ketua menghargai anak buah :

a. memuji anak buah dikala hasil kerjanya membanggakan
b. tidak mengeji/menghina walaupun anak buah membuat salah
c. tidak memalukan anak buah kerana hal remeh temeh
d. anak buah diberi ruang & peluang untuk melontarkan idea...
e. kata-kata dari bos boleh menjadi motivasi bt anak buah

anak buah akan menghasilkan mutu kerja yang jauh lebih baik dari biasa... extraordinary....

BEKERJA KERANA ALLAH..... GANJARAN HAKIKI MENANTI KITA.....

Isnin, 31 Disember 2012

Assalamualaikum wbrt....

Syukur kehadratNYA kerana masih dikurniakan nafas untuk terus merasai kenikmatan hidup didunia ini.....


"Kegelisahan saat diuji"

Assalamualaikum wbrt....


Sesungguhnya manusia itu mudah lalai
Lalai dan alpa pada Pencipta nya
Pencipta yang tidak lupa pada hambanya

Hamba ini sering kegusaran kala diuji
Ujian yang datang pasti dapat ditempuhi
jika dilengkapi dengan iman & taqwa...

Senang, susah, suka, duka
adalah lumrah kehidupan....
Namun hanya mereka yang berfikir
dapat merasai kenikmatan disebalik
ujian @ mehnah yang datang

Beringatlah akan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara :
1.Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Sama-samalah kita beringat demi kehidupan abadi......

Rabu, 12 Disember 2012

Etika Kerja Dalam Islam














Kebanyakkan dari kita hanya bekerja sekadar untuk mendapatkan pendapatan semata-mata.....
Sedar @ tidak .... sebenarnya hasil dari pekerjaan itu adalah permulaan kepada kehidupan yang di berkati NYA... Halalan Toyibbah... Halal & Kualiti (Baik)....

Berpeganglah kita kepada 3 prinsip utama iaitu :

a. Ubudiyyah (Pengabdian terhadap Allah)

- Bekerja semata-mata kerana Allah S.W.T


b. Mas'uliyyah (Accountability)

- Bertanggungjawab keatas apa yang dikerjakan/dibelanjakan - bakal disoal

c. Itqan (Kesungguhan)

- bekerja bersunggguh-sungguh, melakukannya sebaik-baiknya...

Jom jadikan pekerjaan kita sebagai medan mengumpul mata ganjaran NYA....