Isnin, 29 Julai 2013

PERMULAAN YANG LEBIH BAIK

Assalamualaikum,

Sejak dari dulu, saya memang teringin nak buat bisnes. Tapi saya tak tahu nak buat bisnes apa. Kalau boleh, saya nak buat bisnes yang modal kecil, untung besar dan nak buat secara online.

Masalahnya, saya tak tahu nak start dengan bisnes apa. Sehinggalah satu hari saya berkenalan dengan bisnes Shaklee.

Alhamdulillah, seronok rasanya bila dah mulakan. Dah la modal kecil, dapat bimbingan percuma pulak tu.

Semalam, mentor saya menelefon saya untuk membimbing saya dalam bisnes ini. Subhanallah, bukan sekejap dia call. Hampir satu jam saya berbual dengan dia.

Dia ajar saya 'marketing strategy' yang betul untuk memulakan bisnes secara online ni.

Dulu saya selalu rasa bisnes tu susah. Bisnes tu payah. Sekarang, baru saya sedar. Bisnes sebenarnya lebih mudah kalau ada mentor yang betul untuk membantu kita.

Selepas mendapat 'personal coaching' dari beliau, sekarang baru saya faham. Cara mudah untuk berjaya dalam bisnes. Baru saya tahu, macam mana orang boleh buat duit guna online sistem dapat 3-4-5 angka sebulan.

Senang rupanya... Alhamdulillah. Allah membantu saya. Sekarang saya nampak dengan jelas matlamat perniagaan yang sebelum ini saya langsung tak pernah terfikir. Rupa rupanya, cara orang yang berniaga berfikir tak sama macam orang yang makan gaji.

Kena niat yang betul dan cara yang betul. Semoga Allah mudahkan urusan saya.
SMUA AKAN MENJADI KENYATAAN JIKA KITA BERUSAHA UTK MENDAPATKANNYA
HARAPKAN LAH REDHA & RAHMAT DRP NYA....
SAYA PERLU YAKIN UNTUK BERJAYA....

Selasa, 9 Julai 2013

SALAM RAMADHAN

Assalamualalaikum....
apa kbr semua??
smg kita smua sihat.... diberi rahmat & dlm redha NYA...


Hari ni dh 1 Ramadhan..... smua umt islam mula berpuasa.... bagaimana dgn persiapan kita menghadapi bulan penuh barakah ini???

Ya, sudah pasti kita membuat persiapan sebaiknya, terutama berkaitan dengan penjagaan kesihatan....
Bg yg ada anak kecil, ini masanya utk kita mengajar mrk berpuasa.....Pasti memerlukan kesabaran yang tinggi dlm menghadapi kehendak mrk....

Tapi sy amat berkeyakinan bhw bg ibu-ibu.... persiapan kita bkn sekadar bab makanan/masakan shj.... ttp juga memohon kpd NYA agr diberikan kesabaran dan ketenangan didalam menghadapi karenah anak-anak ini...


Jom kita pakat2 berdoa pd NYA :


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Selawat & salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W , keluarga & sahabat Baginda

Berkat dibulan yg mulia ini kami menadah tangan memohon kpd MU agar dilimpahkan kerahmatan dan keredhaanMu . Engkau ampunkanlah segala dosa2 kami, keluarga serta muslimin muslimat sekalian

Ya Allah,
Berikanlah kami kemudahan didalam mendidik zuriat kami agr menjadi insan yg benar2 bertaqwa kpd MU

Berikanlah kami Ya Allah ketenangan yang abadi, yang lahir dari iman yg tulus, dan bukan krn sandiwara syaitan yang direjam....

Ya Allah,
Kami memohon kpd MU agr kami dikurniakan umur yg panjang utk beribadah , rezeki yg luas & berkat serta kesihatan yang baik.

Ya Allah,
Kau bantulah kami agr kami dimudahkan utk membangkit anak2 kami bersahur, diberi selera utk menjamah juadah & diberikan kekuatan utk mrk menghabiskan puasa disepanjang bln yg mulia ini....Berikanlah juga mrk merasai nikmat bertarawih & rajin melakukan amalan solat fardu....

Lindungilah mereka drp nafsu makan yg keterlaluan, tidur yang sia-sia..... smg mrk mdpt petunjuk MU Ya Rabb...

Ya Allah,
Smg km sentiasa mndpt hidayah & petunjuk MU.....
Kembalikanlah kami ke jalan yg benar jika kami tersalah langkah......
Jauhkanlah sebarang penyesalan di akhir urusan kami....
Jgnlah Engkau membiarkan kami menentukan nasib diri kami walaupun sekadar sekelip mata @ yg lebih cepat drp itu.....


Ya Rabb, Engkau terimalah permohonan kami ......
Bantulah kami menjadi insan yg bertaqwa.....

Amin Ya Allah......