Isnin, 29 Julai 2013

PERMULAAN YANG LEBIH BAIK

Assalamualaikum,

Sejak dari dulu, saya memang teringin nak buat bisnes. Tapi saya tak tahu nak buat bisnes apa. Kalau boleh, saya nak buat bisnes yang modal kecil, untung besar dan nak buat secara online.

Masalahnya, saya tak tahu nak start dengan bisnes apa. Sehinggalah satu hari saya berkenalan dengan bisnes Shaklee.

Alhamdulillah, seronok rasanya bila dah mulakan. Dah la modal kecil, dapat bimbingan percuma pulak tu.

Semalam, mentor saya menelefon saya untuk membimbing saya dalam bisnes ini. Subhanallah, bukan sekejap dia call. Hampir satu jam saya berbual dengan dia.

Dia ajar saya 'marketing strategy' yang betul untuk memulakan bisnes secara online ni.

Dulu saya selalu rasa bisnes tu susah. Bisnes tu payah. Sekarang, baru saya sedar. Bisnes sebenarnya lebih mudah kalau ada mentor yang betul untuk membantu kita.

Selepas mendapat 'personal coaching' dari beliau, sekarang baru saya faham. Cara mudah untuk berjaya dalam bisnes. Baru saya tahu, macam mana orang boleh buat duit guna online sistem dapat 3-4-5 angka sebulan.

Senang rupanya... Alhamdulillah. Allah membantu saya. Sekarang saya nampak dengan jelas matlamat perniagaan yang sebelum ini saya langsung tak pernah terfikir. Rupa rupanya, cara orang yang berniaga berfikir tak sama macam orang yang makan gaji.

Kena niat yang betul dan cara yang betul. Semoga Allah mudahkan urusan saya.
SMUA AKAN MENJADI KENYATAAN JIKA KITA BERUSAHA UTK MENDAPATKANNYA
HARAPKAN LAH REDHA & RAHMAT DRP NYA....
SAYA PERLU YAKIN UNTUK BERJAYA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan